Ringkasan Cerita Bujang_Lapok

Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan Normah. Sudin dan Zaiton ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah untuk menutup rahsia perhubungan Sudin dan Zaiton. Aziz pula membantu Sapiah yang menderita di tangan bapa angkatnya yang kejam. Selepas beberapa lama, ketiga-tiga sahabat ini berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing - Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.